12 JUN 2024, SENAI, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis berasaskan komponen eletrik di Kawasan Perindustrian Senai.
Arahan Lapangan telah dikeluarkan oleh Pegawai Kawasan bagi memastikan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Premis didapati di dalam proses mendapatkan Akuan Bertulis di bawah PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 bagi sistem pengolahan efluen perindustrian dan Perisytiharan Bertulis di bawah PPKAS (Udara Bersih) 2014 bagi lima (5) Penapis Beg.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.