PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) OLEH JAS NEGERI JOHOR

DOE Johor 21/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) OLEH JAS NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

11 Jun 2024, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan siasatan aduan ke atas premis pembuatan makanan di Kawasan Perindustrian Mount Austin, Johor Bahru. Semasa siasatan dijalankan, pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis ini tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Tindakan tegas Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah mitigasi & kawalan serta-merta. 'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan