Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PELAKSANAAN OPERASI GEMPUR BIL 5 2024 JASWPKL
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 20/06/2024
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
31 Mei 2024 (Jumaat), Pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 35 pegawai telah menjalankan Ops Gempur bil.05/2024 iaitu pemeriksaan ke atas 16 premis iaitu 2(dua) Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) dan 14 Pengendali Berkumpulan atau Fleet Operator (FO) yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan dijalankan berdasarkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Objektif ops gempur pada kali ini adalah untuk memastikan pihak FO dan KYDL yang menjalankan ujian pelepasan asap dan gas dilaksanakan oleh kakitangan terlatih yang mempunyai sijil kompetensi Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pasukan penguatkuasa juga perlu memastikan kenderaan-kenderaan di FO dihantar ke KYDL untuk ujian pelepasan asap hitam. Di samping itu, premis FO dan KYDL juga merupakan penjana buangan terjadual seperti SW305, SW 410 dan pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasa dibuat berdasarkan Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kesemua premis yang diperiksa didapati patuh terhadap peraturan2 yang berkaitan.
JAS WPKL akan terus komited dalam memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan
sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]