Penerangan
MARAN, 15 Jun 2024 - Satu siasatan telah dijalankan oleh pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Pahang berkenaan aduan awam melibatkan pencemaran air Sungai Lengkur pada 11 dan 12 Jun 2024.
Hasil siasatan mendapati terdapat limpahan efluen dari kolam pengolahan efluen kilang sawit terdekat. Rentetan itu, premis telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bagi menghentikan operasi kilang dengan serta-merta. Notis Arahan Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan bagi premis menyekat dan menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Lengkur serta membaiki dan mengukuhkan benteng kolam pengolahan efluen seterusnya memantau kualiti air Sungai Lengkur.
JAS Pahang juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi kes ini.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar