PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM EQMP - SESI PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA DI NEGERI MELAKA

DOE Melaka 20/06/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM EQMP - SESI PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA DI NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
20/06/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

29 Mei 2024  MELAKA - Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah selesai menjalankan pengauditan di tiga (3) stesen kualiti udara manual dan automatik yang terletak di Negeri Melaka. Stesen-stesen berkenaan adalah stesen Pengawasan Kualiti Udara Manual MA15M yang terletak di Daerah Jasin, stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik CA27M yang terletak di Daerah Melaka Tengah dan stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik CA26N yang terletak di Daerah Alor Gajah. Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka turut hadir semasa sesi pengauditan ini berlangsung.     Pengauditan ini dijalankan ke atas aset-aset Jabatan yang diselenggara dan diuruskan oleh syarikat konsesi Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW) bagi memastikan pengoperasian stesen yang optimum dan peralatan stesen berfungsi dengan baik bagi mencerap data pengawasan kualiti udara dibawah Program EQMP ‘Environmental Quality Monitoring Programme’. Objektif utama EQMP adalah supaya Jabatan Alam Sekitar  dapat memantau dan mengenalpasti perubahan signifikan terhadap tahap kualiti udara ambien.     Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar atau EQMP merupakan program yang merangkumi pengumpulan data bagi pemantauan kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh Malaysia bagi tujuan melaporkan tahap sebenar kualiti alam sekitar negara dalam usaha untuk memantau, mencegah dan mengawal pencemaran. Sistem pengawasan EQMP akan berperanan sebagai mekanisma amaran awal bagi kejadian pencemaran alam sekitar seperti jerebu, tumpahan minyak, bencana industri dan pelupusan haram buangan serta toksik berbahaya. Di bawah Program EQMP, terdapat Pusat Data Alam Sekitar yang akan memaparkan data-data alam sekitar yang dicerap melalui stesen-stesen pengawasan kualiti alam sekitar yang diselaraskan oleh JAS.     #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan