Penerangan
5 JUN 2024, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti plating di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi dua (2) unit penggahar dan dua (2) unit cerobong.
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat perbezaan pada bilangan punca pencemar dan perbezaan pada sistem penyaluran di lapangan dengan lukisan kejuruteraan ‘as-built' yang dikemukakan.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan dan langkah penambahbaikan pada 'as built drawing', rekod pemantaun prestasi dan laporan bergambar bagi kesemua sistem.