Penerangan
9 Jun 2024, JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai program Johor Bersih bersama YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di sekitar Kampung Bakar Batu, Perling. Turut hadir Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah JAS Johor.
Inisiatif Johor Bersih telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2022. Aktiviti ini melibatkan pelbagai agensi di Negeri Johor dan setiap lapisan masyarakat juga diseru untuk terlibat sama dalam aktiviti gotong royong ini bagi menjayakan agenda Johor Bersih.
Semoga aktiviti pada hari ini dapat menyemai sikap tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar dan menjadi contoh kepada masyarakat dan menjaga kepentingan sungai di negara kita.