PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR KE KILANG ARANG, GELANG PATAH

DOE Johor 11/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR KE KILANG ARANG, GELANG PATAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/06/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

5 JUN 2024, GELANG PATAH - YBrs. Dr Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke premis pembuatan arang di Hutan Simpan Sungai Pulai. Turut hadir bersama adalah Encik Mohd Rashdan bin Topa, Timbalan Pengarah JASNJ dan pegawai-pegawai Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah). Lawatan ini disantuni oleh Dato' Haji Salim Bin Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), pegawai-pegawai JPNJ dan renjer hutan Gelang Patah. Tujuan utama lawatan ini adalah bagi melihat sendiri proses pembuatan arang secara konvensional dan pematuhan industri ini kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Susulan lawatan yang diadakan, perbincangan juga diadakan antara JAS, Jabatan Hutan dan pengusaha kilang yang memfokus kepada kaedah penyelesaian dan tindakan yang boleh dan perlu diambil dalam mengatasi isu pencemaran yang timbul.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan