Penerangan
PEKAN, 30 Mei 2024 - JAS Negeri Pahang dijemput bersama menjayakan Program Kempen Pencegahan Kebakaran Hutan Paya Gambut kepada komuniti Kampung Jong, Pekan, anjuran bersama NGO Alam Sekitar, Global Environment Centre (GEC), SMPEM dan Syarikat Enggang serta Jabatan Bomba.
Aktiviti ceramah dan pameran telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat berkaitan larangan dan kesan pembakaran terbuka di hutan paya gambut.