PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT TASK FORCE KEBAKARAN TANAH GAMBUT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR DAN LAWATAN TAPAK INFRASTRUKTUR GAMBUT

DOE Pahang 10/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT TASK FORCE KEBAKARAN TANAH GAMBUT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR DAN LAWATAN TAPAK INFRASTRUKTUR GAMBUT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
10/06/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, 09 Mei 2024 - Mesyuarat Task Force Kebakaran Tanah Gambut Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan pada 7 Mei 2024 dan Lawatan Tapak Infrastruktur Gambut pada 8 Mei 2024. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang pada 7 Mei 2024 telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Malaysia, diketuai oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, Tuan Haji Shafe'ee bin Yasin - Pengarah Bahagian Udara JAS, dan Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob - Pengarah JAS Pahang. Mesyuarat ini turut dihadiri agensi lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kebakaran tanah gambut seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Satu lawatan tapak telah diadakan pada 8 Mei 2024 ke Kg. Cenderawasih, Pekan bersama agensi jawatankuasa pengurusan tanah gambut bagi sesi taklimat penerangan fungsi infrastruktur tanah gambut seperti piezometer, telaga tiub (tube well) dan sekatan saliran (check dam). Tujuan mesyuarat dan lawatan tapak ini adalah bagi membincangkan isu-isu dan kaedah-kaedah yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu kebakaran tanah gambut di Negeri Pahang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan