PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN

DOE Sabah 10/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
10/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>SANDAKAN

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN TARIKH : 15.05.2024 (Selasa) MASA : 7:30AM - 6:30PM PEGAWAI PERONDA : PPKK SSJ & PJ SAK KAWASAN RONDAAN Sandakan - Jalan Sibuga - Segaliud - Sukau - Kinabatangan - Lahad Datu TUGAS: 1. Siasatan aduan pembakaran terbuka di Jalan Sibuga, Sandakan. 2. CAC di KKS Morisem. 2. Rondaan OMPT. PENEMUAN: A. Siasatan Aduan Pembakaran Terbuka. 1. Kawasan yang diadu terletak di kawasan sempadan pembinaan rumah komersial milik IJM Land Properties Sdn. Bhd., Batu 6, Jalan Sibuga, Sandakan. 2. Kontraktor di lapangan yang menjalankan kerja pembinaan rumah teres komersial adalah CK Tien Sdn. Bhd. 3. Didapati kawasan yang diadu terdapat kesan bakar yang telah padam. Luas tompok kesan bakar tersebut lebih kurang 2meter x 2meter. 4. Kawasan yang diadu adalah kawasan belukar/semak samun yg telah dibersihkan dan telah ditinggalkan tanpa sesiapa di tempat tersebut. 5. Semasa siasatan dijalankan pembakaran telah padam dan tiada sesiapa di kawasan tersebut. 4. Pamplet dan Notis Amaran Larangan Pembakaran Terbuka telah diberikan kepada wakil syarikat CK Tien Sdn Bhd. B. KKS Morisem 1. Sistem Kawalan Pencemaran Udara telah dinaiktaraf dengan pemasangan ESP dan telah siap sepenuhnya. Terdapat masalah Damper dan pihak kontraktor sedang menjalankan pembaikan. Dijangkakan siap dan beroperasi sepenuhnya pada hujung bulan Mei 2024 ini. 2. OYB bagi pengurusan Buangan Terjadual & Sistem Pengolahan Efluen telah disediakan. 3. ???Buangan terjadual dikendalikan mengikut peraturan BT 2005 dan distorkan mengikut garispanduan penstoran BT. Tidak ada tumpahan BT berlaku. Pelupusan terkini adalah pada April 2024 dan rekod pelupusan telah dikemaskini dalam sistem ESWIS. 4. ???Pemeriksaan kawasan pelupusan efluen Pengairan Tanah di ladang: Tiada pelepasan / limpahan efluen diperhatikan ke alur air. 5. ???Kerja penyeleggaraan kolam pengolahan iaitu desluding ke atas Kolam Anerobic no. 3 masih sedang berjalan. Tiada limpahan atau runtuhan tebing berlaku serta kerja-kerja desludging dalam keadaan terkawal. 6. ???Peralatan CEMS berfungsi dengan baik dan bacaan dipaparkan secara real time. Kadar kualiti pelepasan asap cerobong dicatatkan terkawal. 7. ???Kemudahan penstoran TKKS telah dibina dan beroperasi sepenuhnya. TKKS telah dilupuskan sepenuhnya ke ladang secara harian bagi tujuan mulching. RONDAAN OMPT 1. Tiada PT dikesan sepanjang rondaan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: A. Siasatan Pembakaran Terbuka : 1. Arahan memastikan pada setiap masa tiada pembakaran dilakukan melalui Field Citation. 2. Pamplet larangan pembakaran terbuka telah diserahkan kepada wakil kontraktor. 3. Notis larangan pembakaran terbuka telah diserahkan kepada wakil kontraktor. B. KKS Morisem. 2. Field Citation. CATATAN: - Pemeriksaan turut menggunakan Dron. Cuaca : - Panas : pagi & Hujan : petang Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan