Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 14.05.2024 (SELASA)
MASA:3.00PM - 21:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PJ ZP, PJ ZS & PO KH
KAW. RONDAAN:
Bt.7 Jln Labuk, Bt. 32, Sapi Nangoh, Terusan Sapi , Beluran
TUGAS:
1. Siasatan Aduan PT berulang di Terusan Sapi, Beluran
2. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
Siasatan Aduan PT berulang di Terusan Sapi Beluran
1. Aduan adalah berasas
2. Lokasi adalah kawasan yg lain iaitu area belukar tanah gambut yg terbakar disebabkan cuaca panas.
3. Semasa siasatan bersama premis Trusan Rice Sapi Plantation pihak Bomba beluran telah memadamkan kebakaran dlm anggaran 5 ekar yg menggunakan 5 gulung hose.
4. Kebakaran masih berlaku dan keadaan angin bertiup dan berasap serta keadaan muka bumi menyebabkan kesukaran operasi pemadaman
5. Dimaklumkan oleh anggota bomba en Mohd Radif terdapat kebakaran yg sama masih berlaku di kg tangkarason, 1 team bomba Beluran masih di sana, bermula beberapa minggu lepas Kebakaran telah dipadamkan di 4 kg yg lain.
6. Pihak bomba beluran mohon bantuan kepada bomba sandakan untuk operasi pemadaman dan pemantauan.
7. Semasa lawatan beberapa org kampung turut sama membantu pemadaman dan memantau keadaan tersebut.
8. SU APM Sandakan telah di maklumkan seterusnya memaklumkan SU APM Beluran untuk tindakan seterusnya.
9. Pihak Trusan Rice Sapi Plantation memberikan kerjasama yg baik kepada pihak Bomba Beluran
10. Premis Trusan Rice Sapi Plantation juga diingatkan serta merta menghubungi pihak JAS CAWANGAN SANDAKAN sekiranya berlaku PT di luar kawalan
RONDAAN OMPT
Tiada PT dikesan semasa rondaan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. FC
2. Syor NA
CATATAN:
1. Mohon bantuan pihak JAS KK utk khidmat nasihat menghadapi kebakaran tanah gambut.
2. Cadangan mengaktifkan jawatankuasa bencana daerah Beluran
Cuaca :
mendung kemudian hujan
Sekian.