PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN

DOE Sabah 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah

Penerangan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN TARIKH : 10 Mei 2024 HARI : Jumaat MASA : 7.00 Pagi - 4.30 Petang ANGGOTA : PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PMD ACD TUGAS : 1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Cadangan Pembinaan Kemudahan Penstoran Buangan Terjadual (Luar Tapak) yang terletak di Lot 24, Keningau Wood Light Industries, Jalan Tenom, Keningau, Sabah. 2. Rondaan Darat OMPT LOKASI : ??1. Keningau Wood Light Industries, Keningau?? ??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat ke Keningau?? LAPORAN & PENEMUAN : - 1. Tapak yang dicadangkan terletak di kawasan perindustrian am (general industry) dengan merujuk kepada draf pelan tempatan daerah Keningau dengan keluasan dalam bangunan 111 meter persegi. 2. Keadaan semasa di tapak projek mendapati telah ada struktur bangunan sedia ada yang telah dikosongkan dan disewakan kepada Penggerak Projek (PP) bagi tempoh 2 tahun. 3. Lawatan juga dijalankan di mana data baseline diambil iaitu bagi persampelan kualiti air permukaan, kualiti air bawah tanah, kualiti udara dan bunyi bising. Pihak Jururunding EIA diminta untuk menyemak semula lokasi persampelan bagi kualiti air permukaan dengan mengambil kira arah aliran air (upstream & downstream) dan lokasi persampelan kualiti udara dengan mengambil kira arah angin dominan (upwind & downwind). 4. Kawasan dan penerima sensitif yang dikenalpasti adalah dua (2) buah rumah individu/persendirian terletak pada jarak kurang 100 meter yang mana didapati terletak dalam kawasan zon industri berkenaan. Perkara ini perlu dirujuk dengan Majlis Daerah Keningau kerana rumah tidak sepatutnya berada dalam kawasan zon guna tanah industri. Tiada penerima sensitif lain di dalam kawasan zon penampan 150 meter yang disyorkan dalam garis panduan SZIRA (2012). Sungai terdekat adalah Sungai Pampang (> 250 meter). 5. ???Pihak PP dan Jururunding EIA juga diminta untuk menyemak semula kapasiti dan pelan susunatur penstoran yang dicadangkan kerana didapati keluasan bangunan adalah kecil dan susunatur tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan ini. 6. ???Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan. CUACA: Cerah & Panas ???? Sekian laporan. Unit EIA & Input Pembangunan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan