PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KEMPEN CAKNA ALAM SEKITAR SEMASA PROGRAM FESTIVAL RAKYAT 2024 BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS

DOE Perlis 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN CAKNA ALAM SEKITAR SEMASA PROGRAM FESTIVAL RAKYAT 2024 BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KUALA PERLIS, 2 JUN 2024- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah turut serta menjayakan Program Festival Rakyat 2024 anjuran Jabatan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan ADUN Kuala Perlis yang berlangsung di Dataran Lok 9, Kuala Perlis. Program ini diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Yang Ke-81 dan perasmian program telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri oleh YB ADUN Kuala Perlis, Tuan Abu Bakar Hamzah . JAS Perlis telah menyediakan reruai pameran bagi memberi kesedaran kepada para pengunjung selain daripada menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian. Seramai 112 orang pengunjung telah didaftarkan sebagai ahli RAS. Pameran dan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. JAS sentiasa komited dalam melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar bagi memastikan setiap warga masyarakat khususnya di Negeri Perlis sentiasa cakna akan kepentingan penjagaan alam sekitar. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #NRES #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_JUN2024 #festivalrakyat2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan