PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KEMPEN KESEDARAN DAN PAMERAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA BERSEMPENA PROGRAM NAKAWAN RAINFOREST FESTIVAL 2024

DOE Perlis 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KESEDARAN DAN PAMERAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA BERSEMPENA PROGRAM NAKAWAN RAINFOREST FESTIVAL 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 26 Mei 2024- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah turut serta menjayakan Program Nakawan Rainforest Festival 2024 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang berlangsung di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat Perlis. Program ini dianjurkan bersempena Hari Perhutanan Sedunia Tahun 2024 dan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Yang Ke-81 telah dirasmikan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBhg. Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim dan pegawai NRES dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. JAS Perlis telah menyediakan reruai pameran yang memfokuskan kempen larangan pembakaran terbuka bagi memberi kesedaran kepada para pengunjung selain daripada menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian. Kempen Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka dan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. JAS sentiasa komited dalam melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar bagi memastikan setiap warga masyarakat khususnya di Negeri Perlis sentiasa cakna akan kepentingan penjagaan alam sekitar. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #NRES #jabatanalamswkitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_MEI2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan