PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PERINGATAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS

DOE Perlis 06/06/2024 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PERINGATAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KUALA PERLIS, 5 Mei 2024 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka di sekitar persisiran pantai Kuala Perlis dan Kuala Sanglang. Semasa rondaan dijalankan, pasukan peronda telah menemui beberapa longgokan sampah yang dibakar berhampiran bentang-benteng batu namun pelaku pembakaran terbuka tersebut tidak dapat dikesan. Pembakaran terbuka sisa-sisa pangkasan pokok dan daun-daun kering turut dikesan dilakukan berhampiran bahu-bahu jalan di Kangar, Perlis. Penduduk Negeri Perlis diseru untuk sentiasa menjaga kualiti udara persekitaran dengan menghentikan pembakaran terbuka terutama semasa cuaca panas dan kering. Tindakan melakukan pembakaran terbuka bukan sahaja menjadi kesalahan dari segi undang-undang malah turut menjejaskan kesihatan terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan AKAN dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mei2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan