PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN PANTAI OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS

DOE Perlis 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PANTAI OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

4 DAN 5 MEI 2024, KUALA PERLIS: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan rondaan pemantauan di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis sepanjang 21.1 km dengan dibantu oleh pesawat tanpa pemandu (drone). Tujuan pemantauan ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca yang berisiko menyumbang kepada pencemaran marin dan memantau keadaan pantai bagi mengesan sekiranya terdapat kesan tumpahan minyak. Hasil pemantauan yang dilaksanakan sepanjang dua hari ini mendapati tiada tumpahan minyak dikesan. Lautan dan zon persisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa terancam oleh aktiviti manusia. Pembuangan domestik seperti sampah plastik, sisa industri dan minyak dikenalpasti sebagai angkara utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran khususnya di kawasan persisiran pantai kerana boleh menyebabkan kesan negatif terhadap hidupan di sekitarnya. Jabatan juga ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pengendalian perkapalan di laut agar tidak melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia kerana di bawah peruntukan Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mei2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan