PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DI SK ORAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI

DOE Perlis 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DI SK ORAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

27 April 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Oran untuk menjayakan Program Pengumpulan e-Waste sempena meraikan sambutan Hari Bumi 2024. Program ini diadakan bagi tujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah berkaitan pengurusan e-waste di mana para murid dan guru memberi kerjasama yang amat baik dengan membawa buangan e-waste seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer, monitor, penyaman udara dan televisyen daripada rumah masing-masing untuk dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Oran yang sangat komited dalam usaha penjagaan alam sekitar dan Jabatan ini amat berharap agar komitmen sebegini dapat diteladani oleh semua sekolah di Perlis. JAS Perlis sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini khususnya dalam pengurusan buangan e-waste. "E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara" #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_April2024 #haribumi2024 #planetvsplastic #skoran

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan