PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI DAN PELANCARAN THEMATIC CLASSROOM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN

DOE Perlis 06/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI DAN PELANCARAN THEMATIC CLASSROOM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/06/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

26 April 2024, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah diberi penghormatan untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Bumi dan Pelancaran Thematic Classroom di Sekolah Kebangsaan Oran bersempena Hari Bumi Tahun 2024. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Guru Besar SK Oran, YM Tengku Hazleen Binti Tengku Azman, guru-guru serta murid-murid sekolah berkenaan. Dalam majlis yang sama, JAS turut dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan tema hari bumi 2024 tahun ini iaitu "Planet vs Plastic" yang memfokuskan peranan orang awam dalam mengurangkan kesan pencemaran plastik yang semakin serius mutakhir ini selain daripada berkongsi informasi mengenai usaha antarabangsa ke arah pengurangan sebanyak 60% dalam pengeluaran semua jenis plastik menjelang tahun 2040. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Oran di atas komitmen, kerjasama dan sokongan kepada JAS dalam usaha melahirkan generasi muda yang mencintai kelestarian alam sekitar Negeri Perlis. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_April2024 #haribumi2024 #planetvsplastic #skoran

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan