28 Mei 2024, Melaka Tengah- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPK Melaka Tengah bertempat di Lebuh SPA Bertam, Melaka.
Operasi ini melibatkan seramai 5 anggota daripada Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel.
Sebanyak enam puluh lima (65) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) kenderaan diberikan notis arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS dan disyorkan tawaran kompaun.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka