PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM TAKLIMAT PEMATUHAN SYARAT-SYARAT LESEN DAN KEPERLUAN TERKINI SERTA MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) DI NEGERI MELAKA

DOE Melaka 05/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM TAKLIMAT PEMATUHAN SYARAT-SYARAT LESEN DAN KEPERLUAN TERKINI SERTA MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) DI NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/06/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

24 Mei 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESMA) telah menganjurkan Program Taklimat Pematuhan Syarat-Syarat Lesen dan Keperluan Terkini  serta Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) pada 23 Mei 2024 bertempat di Dewan MITC, Melaka. 23 buah premis di sekitar negeri Melaka berjaya menyertai program ini dan majlis telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Program ini menekankan keperluan syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh premis mengikut Jadual Pematuhan setiap premis yang dilesenkan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyeru kepada semua pemain industri supaya terus kekal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.   #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan