PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN BAHAGIAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPK DAERAH ALOR GAJAH

DOE Melaka 04/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN BAHAGIAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPK DAERAH ALOR GAJAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
04/06/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

21 Mei 2024, Alor Gajah - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPK Alor Gajah bertempat di atas jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka. . Operasi ini melibatkan seramai lima (5) orang penolong pegawai Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel.   Sebanyak tujuh puluh (70) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga (3) notis arahan bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan manakala satu (1) kenderaan disyorkan untuk tawaran kompaun dibawah Akta yang sama. . Orang ramai diminta untuk menjadi mata dan telinga Jabatan Alam Sekitar dengan menyalurkan aduan bagi sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.   #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan