Penerangan
Gelang Patah, 30 Mei 2024 - Unit Penguatkuasaan Industri JB Tengah, JAS Johor bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kesihatan Awam serta Health, Safety & Environment Department Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menjalankan siasatan aduan pencemaran bau dan air di sebuah premis kitar semula di PTP, Gelang Patah.
Siasatan mendapati penstoran sisa domestik di luar bangunan premis menyebabkan pengaliran larut resap ke longkang awam. Premis juga menjalankan sebahagian aktiviti yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan.
JAS Johor mengarahkan pihak premis supaya tidak mengambil sisa yang mengandungi buangan terjadual dan menjalankan kerja-kerja ‘housekeeping’ di kawasan penstoran sisa domestik. MBIP juga mengarahkan supaya pihak premis hanya menjalankan aktiviti yang dilesenkan sahaja dan sentiasa mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan.