Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan Program Pengumpulan E-Waste dan Barang Kitar Semula bersama beberapa agensi pada 24 Mei 2024. Antara agensi berikut ialah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, SWCorp dan Jabatan Perpaduan. Program ini bakal dijalankan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2024.