Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AKTIVITI PAMERAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM ASCAR SUSTAINABILITY DAY UITM SEREMBAN 3
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/05/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
16 MEI 2024, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dijemput bagi membuat pameran sempena Program Ascar Sustainability Day oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UITM, Seremban 3 bagi memberi kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh
Prof Madya Dr Nor Hafizah Mohamed Harith (Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi)
Aktiviti pameran memfokuskan kempen pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) di kalangan warga Universiti dalam mengitar semula Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) dengan kaedah yang betul mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Pameran ini juga turut menarik lebih ramai warga universiti untuk mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar.
Diharapkan program ini akan melahirkan warga Universiti yang beriltizam tinggi membudayakan amalan melestarikan alam sekitar agar ianya terus terpelihara dan dipulihara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama