Penerangan
22 Mei 2024, Nilai - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam.
Operasi telah dijalankan di Susur Keluar Tol Nilai Arah Selatan yang telah disertai oleh tujuh (7) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
50 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Notis arahan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama