Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E WASTE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024 DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH TAMPIN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/05/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
23 Mei 2024, Gemas - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah dan Rakan Strategik iaitu Lak Macros Services Sdn Bhd telah menganjurkan program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 yang bertempat di Dataran Gemas, Negeri Sembilan.
Program bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"E-waste Dikitar Bumi Terpelihara"
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama