Penerangan
17 Mei 2024, MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA – Mesyuarat pertama JK Pelaksana Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka x Infineon telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil premis Infineon dan agensi kerajaan lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Mesyuarat pertama telah dimulakan dengan pembentangan Garispanduan Penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar bersama Rakan Strategik Alam Sekitar oleh Puan Hazereen binti Mohammad, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Seterusnya pembentangan berkaitan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 telah dibentangkan oleh Encik Azmi bin Kisson, Ketua Unit Pendidikan dan Kesedaran.
Perancangan awal sambutan adalah forum berkaitan kelestarian dan kecekapan tenaga dimana disasarkan kepada industri-industri di Negeri Melaka khusunya yang melepaskan effluen ke sungai selain pengisian lain. Adalah diharapkan segala perancangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak industri serta agensi Kerajaan lain dapat direalisasikan dengan hasrat utama meningkatkan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tema WED pada tahun ini adalah ‘Land restoration, desertification and drought resilience'.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka