PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU JAS TERENGGANU, POLIS TRAFIK IPD KEMAMAN, AADK DAN KPDN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG AWAM

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JAS TERENGGANU, POLIS TRAFIK IPD KEMAMAN, AADK DAN KPDN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG AWAM
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPS BERSEPADU JAS TERENGGANU, POLIS TRAFIK IPD KEMAMAN, AADK DAN KPDN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG AWAM   Kuala Terengganu, 24 Mei 2024:_ Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman telah mengadakan satu operasi bersepadu bersama Polis Trafik IPD Kemaman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) Cawangan Kemaman dan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kemaman pada 21 Mei, Selasa.   Operasi Bersepadu telah dijalankan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kemaman.   Pada operasi ini JAS Terengganu telah membuat pemeriksaan fizikal sebanyak 65 kenderaan berenjin diesel.   Sebanyak 10  buah kenderaan berenjin diesel telah diuji mengunakan meter asap dan 5 kenderaan dikenakan tindakan kompaun dan notis di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel)1996.   JAS Terengganu juga membuat pemeriksaan ke atas 30 buah motosikal.  Sebanyak 3 buah diuji meter dan 2 buah motorsikal  dikenakan tindakan kompaun  di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising dari Kenderaan Bermotor)1987.   Operasi ini melibatkan seramai 10 orang pegawai dari JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman, 10 orang pegawai dari Polis Trafik IPD Kemaman dan 8 orang pegawai AADK serta 7 orang pegawai dari KPDN.   Kerjasama JAS Terengganu bersama pelbagai agensi diharap dapat terus mensejahterakan kehidupan orang awam dan persekitaran.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan