PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU JAYAKAN PROGRAM SELAMATKAN BUMI KITA PERINGKAT UITM CAWANGAN TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PLANET VS PLASTICS

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU JAYAKAN PROGRAM SELAMATKAN BUMI KITA PERINGKAT UITM CAWANGAN TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PLANET VS PLASTICS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU JAYAKAN PROGRAM SELAMATKAN BUMI KITA PERINGKAT UITM CAWANGAN TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PLANET VS PLASTICS Kuala Terengganu, 11Mei 2024, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjayakan Program Selamatkan Bumi Kita Peringkat UiTM Cawangan Terengganu yang telah diadakan pada 9 Mei 2024, Khamis, bersempena sambutan Hari Bumi 2024. Program ini juga dianjurkan bersempena Karnival Sihat Sokmo 3.0 anjuran PEWANI UiTM Cawangan Terengganu. Program Selamatkan Bumi Kita ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Unit Pengurusan Kualiti - EKSA, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Perpustakaan Cendekiawan, Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI), Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Geng Plastik Ija, Kelab PROSIS dan Pelajar OPM655. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Jom Plogging, Ceramah JAS Terengganu yang telah disampaikan oleh Pn. Zaleha Abdullah,Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi , pameran dan pendaftaran ahli rakan alam sekitar juga turut diadakan. Program ini juga turut mengadakan aktiviti kitar semula barangan dan kain serta program pengumpulan e- waste. JAS Terengganu merakamkan ucapan penghargaan di atas jemputan menjayakan program ini kepada pihak pengurusan UITM Cawangan Terengganu dan seluruh warganya dan semua yang terlibat dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan