Penerangan
SEMINAR MOTIVASI KETERAMPILAN DAN ETIKA PEGAWAI AWAM PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 13 MEI 2024 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu berjaya menganjurkan Seminar Motivasi Keterampilan Dan Etika Pegawai Awam Peringkat Jabatan, hari ini 13 Mei, Isnin.
YBrs. Encik Zakaria Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah JAS Terengganu telah mengalu-alukan kehadiran dan komitmen penceramah jemputan Puan Siti Farina Osman, Pegawai Psikologi dan Kerjaya, Kolej Komuniti Kuala Terengganu di atas memenuhi jemputan bagi menjayakan seminar ini.
Seminar yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan motovasi diri dan kesedaran berkenaan kepenytingan keterampilan diri serta etika penjawat awam, khususnya kepada semua warga JAS Terengganu.
JAS Terengganu merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.