PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN OLEH JAS NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN OLEH JAS NEGERI TERENGGANU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN OLEH JAS NEGERI TERENGGANU   KUALA TERENGGANU, 11 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan Kemaman telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis kilang kelapa sawit di daerah ini, susulan aduan ikan mati di Sungai Ibok yang diterima dari orang awam.   Siasatan mendapati terdapat  kebocoran pada kolam pengolahan efluen atau air buangan proses di premis tersebut yang menyumbang kepada pencemaran Sungai Ibok.   JAS Terengganu Cawangan Kemaman telah mengeluarkan notis arahan bagi tujuan penahanan kelengkapan operasi premis ini dan pihak kilang dikehendaki menghentikan  operasi sehingga kerja pembaikan selesai. JAS Cawangan Kemaman akan memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan Sungai Ibok kembali normal.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan