PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGAAN JAS TERENGGANU PANTAU STATUS KUALITI UDARA BAGI KES KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI IKAN

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGAAN JAS TERENGGANU PANTAU STATUS KUALITI UDARA BAGI KES KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI IKAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KESIAP SIAGAAN JAS TERENGGANU PANTAU STATUS KUALITI UDARA BAGI KES KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI IKAN   KUALA TERENGGANU, 1 MEI 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus bersiap siaga mengawasi dan memantau kes kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Sg. Ikan, Kuala Terengganu sejak kejadian kebakaran tapak pelupusan ini bermula pada Sabtu, 27 April lalu.   Menurut jurucakap Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri Terengganu, Kejadian dikenalpasti berpunca daripada keadaan cuaca yang panas selain sisa-sisa sampah menerima haba terlalu tinggi.   Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bertindak proaktif dengan memasang peralatan PM 2.5 dan juga menjalankan pemantauan melalui darat dan udara mengunakan DRONE dalam memastikan kes kebakaran ini tidak menjejaskan kualiti udara di sekitar,di samping memastikan kesejahteraaj orang awam menjadi keutamaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan