PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN SEGERA ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN SEGERA ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

SIASATAN SEGERA ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA   KUALA TERENGGANU, 24 MEI 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus bersiap siaga mengawasi dan memantau punca pencemaran di Negeri ini.   Siasatan aduan pembakaran terbuka di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu didapati berasas. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang tersebut sebagai amaran keras supaya aktiviti ini tidak berulang.   Selain itu siasatan ke atas laporan hotspot juga dilakukan dan lokasi kebakaran berada dalam kawasan  hutan dan kebakaran telah padam sepenuhnya.   Semua kes aduan pembakaran terbuka disiasat di bawah Seksyen 29A. Akta Kualiti  Alam Sekeliling 1974 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan