PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/05/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU   KUALA TERENGGANU, 1 MEI 2024 (CUTI UMUM SEMPENA HARI PEKERJA)   Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini.   Rondaan dan pemantauan tertumpu di kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan juga Setiu.   Siasatan juga dijalankan di satu (1) lokasi hotspot yang dikesan oleh Satelit NOAA20 di Kg. Banggol, Setiu. Maklumat sedang dilengkapkan dan dalam tindakan JAS Terengganu.   Selain itu, pemantauan berterusan di  Tapak Pelupusan Sampah Sg. Ikan, Kuala Terengganu terus dipergiatkan. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Nerus dengan kekuatan anggota seramai 13 orang dan dibantu oleh 3  orang dari MBKT serta 4 orang RELA mengawal operasi pemadaman di kawasan tersebut.   Tinjauan udara menggunakan DRONE telah dilakukan oleh pasukan penguatkuasa JAS Terengganu dan  pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman untuk melihat keadaan terkini kebakaran yang berlaku Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Terengganu.   Di samping itu juga ,pemantauan turut dilakukan di kg Felda Belara menggunakan Kenderaan Bergerak Pemantauan Kualiti Udara ( mobile Station).   Kawasan Perindustrian Gong Badak turut dipantau pada hari ini. Hasil pemenataun ini tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan