PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

FOKUS KEPADA PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI DAERAH KEMAMAN

DOE Terengganu 29/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
FOKUS KEPADA PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI DAERAH KEMAMAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/05/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

FOKUS KEPADA PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI DAERAH KEMAMAN   KUALA TERENGGANU, 26 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu (JAS) Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah  ini.   Pemantaun dan pencegahan pencemaran melibatkan Geliga, Paya Berenjut, Mak Lagam, Bukit Jemalang,  Chukai, Binjai, Mak Chili, Ibok, Bukit Anak Dara, Telok Kalong dan Bukit Kuang menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan   Pemantauan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong,  menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut   Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di Kg Ibok telah dilakukan. Tindakan proaktif ini sebagai amaran keras kepada individu terlibat sekiranya aktiviti pemkararan diteruskan.   Pemantauan di kawasan Tapak pelupusan sampah Bukit Jemalang dan Mak Chili  menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan.   Pemeriksaan di persisir pantai Teluk Mak Nik, Geliga, Kemaman menunjukkan tiada sebarang tarball dikesan.    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan