Penerangan
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA
KEMAMAN, 24 Mei 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini pada Jumaat.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat dibeberapa kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan sebagai amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat melakukan perkara tersebut yang boleh menjejaskan kesejahteraan orang awam dan persekitaran.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-killang di daerah ini, didapati tiada aktiviti abnormal ditemui semasa pemantauan dijalankan,