Penerangan
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS OLEH JAS TERENGGANU
Kuala Terengganu, 11 Mei 2024, Pasukan penguatkuasa terus menjalankan rondaan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan ke kawasan yang dikenal pasti mudah terbakar seperti kawasan bertanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian serta kawasan tapak perindustrian.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Hasil rondaan yang melibatkan kawasan penempatan orang awan, kawasan perindustrian, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes- kes pencemaran dikesan
Banner larangan pembakaran terbuka juga dipasang di kawasan- kawasan yang berpotensi dilakukan sebagai langkah pencegahan dan amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat.
JAS Terengganu sentiasa komited menjalankan rondaan dan pemantauan punca- punca pencemaran terutama semasa cuti hujung minggu bagi memastikan kesejahteraan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.