PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN PADA HARI CUTI UMUM OLEH PENGUATKUASAAN JAS NEGERI KEDAH

DOE Kedah 27/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN PADA HARI CUTI UMUM OLEH PENGUATKUASAAN JAS NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/05/2024
Organisasi
DOE Kedah

Penerangan

Tarikh : 1 Mei 2024 Kawasan : Daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Yan dan Kulim. Pada hari cuti umum sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, pasukan penguatkuasa JAS Negeri Kedah meneruskan tanggungjawab menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Sekitar Kulim, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Mergong, Kawasan Perindustrian Tandop, Kawasan Perindustrian Ringan Pendang, Loji Rawatan Air Jenun, tapak pelupusan sampah, pemantauan kawasan sering terima aduan dan tapak-tapak pembinaan. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Nasihat, amaran dan edaran pamplet larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Negeri Kedah bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan