Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI OPS GEMPUR BIL.5 MEI 2024 JAS PULAU PINANG
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 27/05/2024
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
KEPALA BATAS, 23 Mei 2024- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.5/2024 pada 13 hingga 17 Mei 2024 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industri dan Loji Pengolahan Kumbahan. Dalam operasi ini seramai lapan pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 21 orang terlibat secara langsung. Agensi yang turut serta secara berasingan adalah Indah Water Konsortium.
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 19 premis. Sebanyak 14 Arahan Lapangan , enam Notis Arahan telah dikeluarkan dan 6 kertas siasatan syor kompaun sedang disediakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual.
Ops Gempur Mei 2024 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.