Penerangan
Program ini telah dirasmikan Encik Soo Seng Keat, Pengurus Operasi, Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd . Turut hadir,En Mohd Amiruddin A.Rahman , Pengurus Kilang Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd.
Program ini dilaksanakan sempena pelancaran Program “Small Act Matters, iaitu program kelestarian alam sekitar yang akan dilancarkan pada bulan Jun ini di premis berkenaan.Inisiatif ini diharap dapat menyemai kesedaran dikalangan peserta betapa pentingnya memelihara dan memulihara kebersihan pantai.
Isu-isu sampah di kawasan rekreasi ini bukanlah perkara asing apabila media melaporkan banyak kawasan pelancongan terutamanya kawasan pantai dicemari dengan sampah sarap. Walaupun ada disediakan tong sampah masih ada masyarakat mempunyai sikap tidak endah dengan meletakkan plastik makanan, botol minuman dan sisa makanan dicelah-celah batu atau ditinggalkan begitu sahaja.
Syabas diucapkan kepada pihak Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd atas penganjuran program pada hari ini. Semoga usahasama yang erat di antara JAS dan Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. dalam menyokong usaha-usaha kesedaran alam sekitar ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi yang cakna alam sekitar selaras dengan moto Jabatan Alam Sekitar iaitu ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.