Penerangan
16 MEI 2024, SEBERANG PERAI: JAS PULAU PINANG telah dijemput sebagai salah seorang panel penilai bagi projek rekacipta oleh pelajar diploma Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Pelbagai hasil rekacipta yang kreatif dapat dilihat dalam pertandingan ini termasuklah rekacipta yang mengambilkira kelestarian alam seperti penggunaan solar, pengurangan penggunaan kertas melalui apps yang memudahkan pelajar mengakses nota, game yang interaktif dan pelbagai lagi rekacipta mengikut bidang pengajian masing- masing yang sangat menarik dan kreatif.
Selain itu, kesemua pelajar juga diberi peluang menyampaikan pembentangan sekaligus melatih diri berkeyakinan untuk kemajuan kerjaya di masa depan.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai atas penganjuran program yang sangat menarik dan memberi ruang kepada pelajar-pelajar mencungkil bakat mereka.