Penerangan
Tarikh: 9 Mei 2024
Kawasan : Pejabat Jabatan Alam Sekitar Alor Setar, Kedah
YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, TKSU (Kelestarian Alam) NRES telah meluangkan masa untuk melawat Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah seusai sesi kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBrs. Puan Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Puan Roslinda binti Ulang, Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar NRES, Puan Hajjah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS dan pegawai - pegawai JAS Ibu Pejabat Putrajaya.
Rombongan turut dibawa melawat Galeri Alam Sekitar dan Perpustakaan Enviro Digital@JAS Kedah sebelum sesi ramah mesra dengan pegawai-pegawai JAS Kedah.
JAS Negeri Kedah merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak NRES dan JAS Putrajaya kerana sudi mengadakan lawatan tersebut.