PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

AMALAN HIJAU DI PANGSAPURI KEDIAMAN TNB SUNGAI ARA PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 27/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AMALAN HIJAU DI PANGSAPURI KEDIAMAN TNB SUNGAI ARA PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/05/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

15 MEI 2024, BAYAN LEPAS : JAS Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke pangsapuri kediaman kakitangan TNB Pulau Pinang di Sungai Ara untuk meninjau amalan hijau yang telah dijalankan disana. Turut hadir sama adalah Pengerusi Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara, Pn. Norliza Md Noor. Di kawasan kediaman ini, terdapatnya tempat pengumpulan minyak masak terpakai yang disediakan untuk memudahkan penduduk di sini menyimpan dan mengumpul minyak masak sebelum ianya diambil syarikat yang berkenaan. Selain itu, kawasan lapang di sekitar pangsapuri ini turut dijadikan taman herba yang menempatkan pelbagai spesis herba yang bukan sahaja dijadikan sebagai bahan masakan malah dapat digunakan untuk perubatan tradisional. Lawatan ini diteruskan dengan sesi perbincangan dua hala untuk penambahbaikan aktiviti sediada dan lain-lain aktiviti hijau yang dapat dijalankan bersama komuniti setempat. Tahniah diucapkan kepada persatuan dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan amalan hijau yang memberi manfaat kepada kelestarian alam sekitar dan ianya boleh dijadikan contoh kepada kawasan kediaman penduduk yang lain.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan