Penerangan
21 Mei 2024, Kota Melaka, MELAKA - Unit Penguatkuasaan EIA, Bahagian Pembangunan JAS Negeri Melaka telah diaudit daripada 20-21 Mei 2024. Skop audit adalah berkaitan Penguatkuasaan EIA. Audit telah dijalankan oleh Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.
Segala teguran audit yg diberikan akan diperbaiki segera untuk ditambah baik oleh JAS Negeri Melaka. Diharapkan juga amalan dan inisiatif baru dan baik yang dijalankan di Negeri Melaka boleh dikembangkan ke Negeri lain untuk perkongsian dan kebaikan bersama.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka mengucapkan terima kasih kepada pasukan auditor dari Seksyen Penguatkuasaan di Bahagian Penilaian JAS Putrajaya kerana telah menjalankan audit di kawasan penambakan di Negeri Melaka.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka