PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN DI NEGERI JOHOR

DOE Johor 27/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN DI NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/05/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

26 Mei 2024, Johor Bahru - Hari keempat dan hari terakhir Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor berada di reruai Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan . Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti sekolah mengunjungi dan memeriahkan reruai NRES. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff. Informasi mengenai pengurusan buangan elektrikal dan elektronik terutama dari isi rumah telah disampaikan kepada para pengunjung dan orang awam. Pelbagai aktiviti seperti kuiz dan sesi kahoot telah dijalankan bersama pengunjung. Kehadiran maskot ewaste, E-Cha juga menambah tarikan ruang pameran JAS Negeri Johor. JAS Negeri Johor ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan sebagai pempamer dan memberi peluang untuk berkongsi informasi kepada orang awam dan kontraktor CBH Recycle (M) Sdn. Bhd atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan