Penerangan
12-16 MEI 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 4/2024 bagi premis di kawasan seliaan Cawangan Pengerang.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. 10 premis telah dikenakan tindakan Notis Arahan diatas kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.