Penerangan
Pasir Gudang, 22 Mei 2024 : Satu operasi bersepadu melibatkan JAS Johor Cawangan Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan anggota polis dari Balai Polis Taman Pasir Putih telah diadakan bertujuan membanteras kilang haram yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Sebanyak 9 premis telah dijalankan pemeriksaan di sekitar kawasan Taman Pasir Putih dengan kekuatan seramai 18 pegawai penguatkuasa JAS, MBPG dan PDRM.
JAS telah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan minyak sawit keladak. Tindakan adalah bagi menghentikan pencemaran yang ketara daripada berterusan dengan serta-merta. Selain itu, premis juga menerima notis daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi menghentikan operasi kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.