Penerangan
Pasir Gudang, 20 Mei 2024: JAS Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan siasatan aduan pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Susulan aduan awam, pemantauan di kedua-dua sekolah berkenaan telah dijalankan dan hasil siasatan mendapati tiada bau yang ketara dikesan.
Sesi perbincangan bersama Pengetua Sekolah, Yang Dipertua PIBG dan wakil guru telah diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Turut hadir sama wakil PDRM dari Balai Polis Pasir Putih. JAS telah menjalankan pemantauan kualiti udara di sekolah berkenaan.
Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.