Penerangan
21 Mei 2024, PONTIAN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemantauan laut secara bersepadu dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Sungai Pulai dan Tanjung Piai. Pemantauan difokuskan di kawasan berpotensi berlaku pencemaran laut berpunca daripada aktiviti perkapalan. Hasil siasatan dan pemantauan yang dijalankan tiada penemuan minyak ditemui
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.